Kamen Rider Kiva (watak)

Kamen Rider Kiva (仮面ライダーキバ, Kamen Raidā Kiba) adalah Kamen Rider utama bagi siri Tokusatsu Kamen Rider 2008, Kamen Rider Kiva. "Kiva" adalah singkatan bagi "KING OF VAMPIRE" (Raja Pontianak). Namun, orang Jepun menyebut Kiva sebagai "Kiba" (牙) yang bermaksud taring. Kebetulan pula, pihak penulisan skrip bagi siri Kamen Rider kali ini menggunakan kanji tersebut bagi menerangkan masyarakat akan cara sebutannya. Kiva bertukar dengan bantuan Kivat-bat ke-3 (キバットバットⅢ世, Kibattobatto Sansei) Setakat ini, hanya seorang sahaja manusia yang boleh bertukar menjadi Kiva, iaitu Wataru Kurenai (紅 渡, Kurenai Wataru)